Tepat pukul 530 pagi tadi,,aku lekas bangun..Bakal suami idaman setiap wanita mesti la bangun pagi untuk menunaikan solat subuh..Baru macho..Mata aku masih kuyu dan tahi mata masih lagi bertakung..Syaitan pula masih lagi berusaha menghasut aku supaya aku sambung tido dan tinggalkan solat subuh..Tanpa menghiraukan godaan syaitan tadi,,aku meneruskan langkahku yang longlai pergi ke jamban untuk ambik wuduk..Dah macam langkah orang yang mabuk selepas minum 20 botol air kencing syaitann..Tapi aku tak pernah la minum air kencing syaitan tu..Haram dan dilaknat!!
Lepas abis solat subuh,,aku pun buka laptop dan buka facebook..Malas aku nak tido selepas subuh..Bila buka je facebook,,terus keluar gambar-gambar pasangan yang tengah hangat bercinta..Masing-masing buat muka ghairah tak sabar nak kahwin..Ada juga gambar perempuan yang posing meniarap macam buaya hamil kat atas padang rumput..Bajet model hindustan la tu..puiiihh..Kalau baju terkena tahi lembu segar,,padan muka korang..
Tapi kan,,bila tengok gambar pasangan bercinta tadi,,aku terus memasang angan-angan..Kalau la aku ada girlfriend kan...Aku akan sumpah girlfriend aku jadi seekor katak..Lepas tu,,aku suruh girlfrend aku yang dah jadi katak tadi buat persembahan kat tepi jalan..Pada masa yang sama,,aku hampar satu tikar kat depan show kitaorang..Supaya orang boleh baling duit kat atas tikar tu lepas tengok persembahan kitaorang yang memukau...
Duit hasil dari persembahan kitaorang tadi tu,,aku simpan dalam bank Simpanan Nasional..Kalau duit simpanan kami dah cukup 200ribu ringgit,,aku sumpah balik girlfrend aku jadi manusia..Lepas tu kami terus kahwin dan buat anak ramai-ramai..Takkan nak kahwin dengan katak kan?? Kompem pelamin kitaorang kena panah kilat kalau aku kahwin dengan katak..
Amacam?? Ada tak orang sanggup jadi girlfriend aku?? Jangan risau,,bila korang dah disumpah jadi katak,,aku akan layan korang macam puteri katak dalam cerita dongeng tu..Tiap hari aku akan mandikan korang,,cium dahi korang dan jaga korang dengan baik walaupun korang menjelma sebagai seekor katak betina yang hodoh..haha..



4 comments:
siapa lah yang malang jadi gf si alief nie yea.. tak pasal2 kena sumpah jagi katak..
kahkahkah tak leh blah katak pakai coli.hahahahahaa
lawak giler derr
hahahaha. lawak!
Post a Comment